Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia

| February 16, 2010 | 6 Comments

Yayasan TM merupakan sebuah badan amanah yang berdaftar. Ia ditubuhkan oleh Telekom Malaysia Berhad di bawah Surat Ikatan Pemegang Amanah. Yayasan TMmempelawa pelajar-pelajar yang memenuhi syarat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Kecil Yayasan Telekom Malaysia tahun 2010.

Syarat

  • Terbuka kepada semua pelajar di Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2010 di sekolah bantuan penuh kerajaan.
  • Calon di Tingkatan 1 mestilah memperolehi 5A bagi keputusan peperiksaan UPSR 2009.
  • Calon di Tingkatan 4 mestilah memperoleh sekurang-kurangnya 6A bagi keputusan PMR 2009.
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Mempunyai pendapatan kasar sekeluarga tidak melebihi RM 1,500 sebulan.

Biasiswa

Mereka yang berjaya ditawarkan Biasiswa Kecil Yayasan TM akan menerima kemudahan berikut;

  • Elaun poket RM 1,000 setahun bagi pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3
  • Elaun poket RM 1,500 setshun bagi pelajar Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5
  • Berpeluang menyertai program-program pembangunan yang dianjurkan oleh Yayasan TM.

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan melayari laman web Yayasan TM.
  • Setelah permohonan dibuat secara online, salinan dokumen berikut dikemukakan;
    • Sijil kelahiran/kad pengenalan.
    • Salinan keputusan UPSR atau PMR 2009.
    • Slip gaji/pengesahan pendapatan ibu dan bapa/penjaga.
    • Salinan kad anggota bagi anak kakitangan Telekom Malaysia.
    • Surat cerai/mati jika berkaitan.
  • Dokumen tersebut perlu dihantar kepada; Sekretariat Pemilihan Biasiswa Kecil, Yayasan TM, Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kualal Lumpur

Tarikh Tutup

  • Permohonan secara online Biasiswa Kecil Yayasan TM ditutup pada 18 Februari 2010.
  • Dokumen yang berkenaan pula perlu sampai sebelum atau pada 26 Februari 2010.
  • Bagi permohonan yang tiada menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Kecil Yayasan TM ini sila menulis kepada;

  • Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia Aras 9 Utara, Menara TM, Jalan Pantai Baharu 50672 Kuala Lumpur

Popularity: 3% [?]

Incoming search terms:

Tags: ,

Category: Certificate, PMR, SPM



Comments (6)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Usha says:

    My daughter applied to this biasiswa telekom tru school but until now she didn’t any answer. How to check online if you get the biasiswa?
    Thank You

  2. nfei says:

    how about pmr student 2010? can we apply the biasiswa? but where and how?

  3. najiha says:

    saya ingin mendapatkan biasiswa kecil ini kerana ibu bapa saya tidak berkerja dan nak pergi sekolah pun susah harap boleh tolong.

  4. amirah says:

    that is right how the 2010 pmr candidates apply the scholarship

  5. ainun says:

    this year,i have applied to this biasiswa tm but until now i didn’t have any answer .. how to check online , to make sure we get it or no.. i’m really hope it..
    thank you..

  6. eikka says:

    mee to..i just want to know how and who we can make a application for this scholarship

Leave a Reply