Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Lepasan SPM 2009

| March 11, 2010 | 17 Comments

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2010.

Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Pelajar-pelajar cemerlang yang berminat dan terpilih di bawah program ini adalah digalakkan untuk mengikuti pengajian di dalam negara dan akan ditempatkan di Universiti Penyelidikan iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Malaya.
Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009;
  3. Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga matapelajaran berikut (Bahasa Melayu; Sejarah; dan Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan)
  4. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.
Program Pengajian

Syarat dan gred minimum untuk memohon setiap program pengajian di atas boleh disemak di Syarat-syarat Permohonan Tajaan JPA dan MARA Untuk Lepasan SPM 2009 Di Bawah Program Ijazah Luar Negara.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor

  • Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 22 sehingga 26 Mac 2010.
  • Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
  • Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor adalah pada 19 Mac 2010.

Temuduga

  • Keputusan panggilan temuduga JPA : 29 Mac 2010
  • Keputusan panggilan temuduga MARA : 30 Mac 2010
  • Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 5 April hingga 8 April 2010.
  • Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk;

o Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan.
o Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Masalah Teknikal Semasa Mengisi Borang

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3541.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.

Semasa Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA

  • Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8316 4422, 03 8316 4435 dan 03-8316 4055.
  • Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.

Tarikh Tutup

  • Tarikh tutup permohonan tajaan PILN 2010 adalah 7 hari selepas keputusan rasmi SPM 2009 diumumkan.

Maklumat

  • Maklumat lanjut mengenai program atau bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh iklan disiarkan. Kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon perlulah dibaca dan difahami sebelum membuat permohonan.
  • Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web JPA dan laman web MARA dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2009.

Pertanyaan

  • JPA : Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 8885 3704, pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my
  • MARA : Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-26915111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.

For more scholarship, kindly visit malaysia-scholarship.net

Popularity: 5% [?]

Incoming search terms:

Tags: , ,

Category: Bachelor Degree



Comments (17)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Hinata says:

    tajaan ni slpas matrikulasi ada x?

  2. WAN NURUL HIDAYAH BINTI WAN OTHMAN says:

    is’t the scholarship is only for spm 2009 leaver only??
    how i want to get the scholarship??im spm 2008 leaver,and now study at matriculation college for a last semester..

  3. faizal says:

    saya ingin bertanya.saya sekarang sedang bekerja di jabatan kerajaan dan ingin untuk belajar di luar negara.bagaimana saya hendak memohon pengajian luar negara dan memohon biasiswa pengajian tersebt.

  4. mohd says:

    biasiswa ni ada x utk pelajar lepasan matrikulasi 2010?
    tmbah2 lg dlam bidang kritikal sprti medik dan dntistry?

  5. juengie says:

    sya ni separuh bumiputra… dpt x sya memohon tajaan ini??

  6. ngeahh says:

    cmne nak apply scholarship for dak2 lepasan mtrikulasi….
    still ad ksog or cmne…????n cre nak mhon…
    untuk kos engeenering….

  7. ngeahh says:

    cmne nak apply scholarship for dak2 lepasan mtrikulasi….
    still ad ksog or cmne…????n cre nak mhon…
    untuk kos engeenering….
    pening…pening…waaaaaa…ngeeaahhh

  8. sasi says:

    i gt pngk 4.00 in my matriculation session 09/10..can i get jpa scholarsip?

  9. seri rahimah binti sarifin says:

    askum..saya semester 3 politeknik.saya nak mohon biasiswa jpa. tapi bila tarikh nak mohon?

  10. siti says:

    saya nak tahu ada tak tawaran tajaan pembelajaran bagi pelajar cemerlang lepasan ijazah untuk belajar di luar negara..ada x individu yg dtawarkn blajr di luar negara selpas ijazah?

  11. nora adlin binti mustari says:

    tajaan biasiswa untuk program ijazah luar negara (JPA)…ada tak untuk pelajar-pelajar lepasan kolej matrikulasi tempatan????

  12. nur aimi nasuha says:

    salam. saya nk tanya, ada x biasiswa untuk lepasan matrikulasi?

  13. sha says says:

    ad x utk lpsan matrikulasi..

  14. antropoxy says:

    masih valid lagi ke permohonan mara kalau dilakukan skrg???

  15. antropoxy says:

    masih valid lagi ke permohonan mara kalau dilakukan skrg??? bile tarikh tutup permohonan tajaan biasiswa ijazah luar negara mara ni?

  16. Rasis says:

    Salam.
    Ada tak tawaran untuk lepasan asasi kejuruteraan?

  17. aisyah says:

    salam.. ada x peluang untuk pelajar matrikulasi macam saya memohon biasiswa mara untuk ke luar negara dalam bidang medik?

Leave a Reply