Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2013

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2013

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan memasuki IKBN di seluruh negara bagi pengambilan sesi Januari 2013.

Konsep Latihan IKBN

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.
Bidang Pengajian

Kursus-kursus yang ditawarkan IKBN

  • Teknologi Mekanikal
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Awam
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Tekstil
  • Teknologi Marin
  • Teknologi Hospitaliti
  • Teknologi Fotografi
  • Teknologi Maklumat
  • Teknologi Personal
  • Teknologi Sukan

Syarat Umum Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2013

  • Warganegara Malaysia
  • Boleh membaca dan menulis
  • Berusia di antara 18 – 30 tahun semasa memohon
  • Berkelulusan sekurangnya Tamat Tingkatan 5
  • Belum berkahwin atau bujang
  • Sihat tubuh badan
  • Tidak pernah melakukan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan najis dadah
  • Belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
  • Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan.
  • Pemohon yang sedang menjalani latihan di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya.
  • Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon.

Maklumat Tambahan IKBN

  1. Semua kursus dijalankan mengikut persijilan, tahap dan tempoh latihan seperti dinyatakan dalam ruang SIJIL & TAHAP serta TEMPOH KURSUS
  2. Permohonan hanya boleh dibuat secara ‘On-Line’ sahaja iaitu melalui lama web http://www.ekbs.gov.my
  3. Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi permohonan ‘On-Line’ di laman web dengan keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir dari IKBN
  4. Keputusan permohonan ke IKBN boleh disemak melalui laman web http://www.ekbs.gov.my bermula pada 1 Disember 2012
  5. Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di IKBN
  6. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 2 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
  7. Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana IKBN seluruh Malaysia
  8. Pemohon juga dipelawa mengunjungi mana-mana IKBN dalam tempoh iklan disiarkan bagi mendapat pendedahan awal tentang program kemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
  9. Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di IKBN
  10. Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga)
  11. Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan adalah termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu

Tarikh Tutup Permohonan IKBN

Tarikh tutup permohonan IKBN 2013 adalah pada 7 November 2012