TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT SARJANA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI HIROSHIMA UNIVERSITY, JEPUN

Eventhough this scholarship already closed, I would like to share with all readers on such opportunity for government servant especially our teachers.

Pihak Kerajaan Jepun (MONBUKAGAKUSHO:MEXT) mempelawa Pegawai-pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada guru atau pentadbir untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang pendidikan di Graduate School of Education. Hiroshima University dengan bantuan biasiswa Kerajaan Jepun.

Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu mulai Oktober 2008 hingga September 2010 dan medium pembelajaran adalah di dalam Bahasa Inggeris.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:

1. Telah disahkan di dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan
2. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Gred A (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut
3. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah
4. Telah mengisytiharkan harta
5. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja di dalam bidang pendidikan
6. Berumur kurang daripada 35 tahun pada 1 April 2008
7. Sihat daripada segi fizikal dan mental
8. Fasih dalam Bahasa Inggeris

Calon-calon yang berminat hendaklah melengkapkan Borang JPA(L) LDP 1A/96 dan JPA(L) LDP 1B/96 dan mendapatkan Borang Permohonan MONBUKAGAKUSHO:MEXT daripada Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selewat-lewatnya pada 10 Disember 2007.

Via : MOHE

Popularity: 11% [?]

3 Comment(s)

  1. On Jan 22, 2008, sp suan said:

    hi, just want to ask that this master in educational which sponsed by jepun will offer every year??
    thank you.

  2. On Jan 22, 2008, sp suan said:

    hi,just want to ask about this master in educational which is sponsered by jepun will offer every year??
    thank you

  3. On Dec 14, 2008, B said:

    Hi, actually I have a dream to contribute my studies - master in Arts (Photography)or (Gpraphic)in Japan, still searching for scholarship

Post a Comment