Friday, September 3rd, 2010

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT SARJANA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI HIROSHIMA UNIVERSITY, JEPUN

December 16, 2007 by admin  
Filed under Financial Aid, Higher Education, Japan, Scholarship

Eventhough this scholarship already closed, I would like to share with all readers on such opportunity for government servant especially our teachers.

Pihak Kerajaan Jepun (MONBUKAGAKUSHO:MEXT) mempelawa Pegawai-pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada guru atau pentadbir untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang pendidikan di Graduate School of Education. Hiroshima University dengan bantuan biasiswa Kerajaan Jepun.

Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu mulai Oktober 2008 hingga September 2010 dan medium pembelajaran adalah di dalam Bahasa Inggeris.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:

1. Telah disahkan di dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan
2. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Gred A (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut
3. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah
4. Telah mengisytiharkan harta
5. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja di dalam bidang pendidikan
6. Berumur kurang daripada 35 tahun pada 1 April 2008
7. Sihat daripada segi fizikal dan mental
8. Fasih dalam Bahasa Inggeris

Calon-calon yang berminat hendaklah melengkapkan Borang JPA(L) LDP 1A/96 dan JPA(L) LDP 1B/96 dan mendapatkan Borang Permohonan MONBUKAGAKUSHO:MEXT daripada Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selewat-lewatnya pada 10 Disember 2007.

Via : MOHE

Popularity: 10% [?]

7 Responses to “TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT SARJANA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI HIROSHIMA UNIVERSITY, JEPUN”

  1. sp suan says:

    hi, just want to ask that this master in educational which sponsed by jepun will offer every year??
    thank you.

  2. sp suan says:

    hi,just want to ask about this master in educational which is sponsered by jepun will offer every year??
    thank you

  3. B says:

    Hi, actually I have a dream to contribute my studies – master in Arts (Photography)or (Gpraphic)in Japan, still searching for scholarship

  4. nor azimah binti razeman says:

    hello. i was intersiting to countinue my study at japan in graphic designer.The country like japan was very good and great in technology.then I am still serching to find a sponsered.how i get sponsers????

  5. zulaikha says:

    saya ni pelajar tingkatan 6 atas. saya nak tanya bagaimana hendak melanjutkan pelajaran di jepun dalam kursus perkomputeran atau grafik? thank you…

  6. yona says:

    saya sedang bekerja sbagai grafik designer.saya ingin myambung pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang yg sama secara pjj.adakah blh saya mendapatkan biasiswa dr mana2?sekiranya blh,bagaimana caranya?

  7. ckg.azlina says:

    hi, im azlina, i would like to ask, is this program or any programs like this are open for application now?

Leave a Reply

xx