PERMOHONAN UNTUK SKIM BIASISWA UM 2008/09
By admin on Apr 27, 2008 in Financial Aid, Higher Education, University
Universiti Malaya (UM) dengan ini mempelawa permohonan daripada warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang berminat menjalani rancangan ijazah tinggi di Universiti Malaya untuk memohon Skim Biasiswa Universiti Malaya.
Calon berkenaan hendaklah terdiri daripada yang berikut:
- Calon yang sedang bekerja (kecuali Pembantu Penyelidik di Universiti Malaya) atau calon yang sedang menerima bantuan kewangan lain, tidak layak memohon.
- Calon yang sedang mengikuti program ijazah Sarjana (secara penyelidikan atau secara mod campuran di mana komponen penyelidikan tidak kurang dari 70%) atau PhD di Universiti Malaya; atau
- Calon yang telah ditawarkan program seperti dalam perenggan (i) di atas di Universiti Malaya tetapi yang masih belum mendaftar.
- Calon yang telah membuat permohonan untuk mengikuti program ijazah tinggi Sarjana (secara penyelidikan atau secara mod campuran di mana komponen penyelidikan tidak kurang dari 70%) atau PhD di Universiti Malaya atau telah berbincang dengan Pengarah/Dekan/Ketua Jabatan/Bakal Penyelia Akademi/ Fakulti/Institut yang berkenaan berhubung dengan rancangan ijazah tinggi yang dipohon.
Nilai biasiswa yang diberi adalah sehingga RM100,000.00 (maksimum) termasuk elaun bulanan, yuran pendaftaran, yuran pengajaran, yuran penyelidikan, yuran perkhidmatan dan yuran peperiksaan.
Elaun bulanan yang diberi adalah seperti berikut:
- RM1,500.00 sebulan untuk calon Sarjana
- RM1,800.00 sebulan untuk calon PhD
Borang permohonan boleh didapati dari Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur atau dimuatturun di SINI.
Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut
selewat-lewatnya pada 16 Mei 2008:
Seksyen Hal Ehwal Pelajar
Institut Pengajian Siswazah
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Permohonan yang tidak lengkap atau diterima lewat dari tarikh tersebut tidak akan
dipertimbangkan. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
Popularity: 6% [?]

