TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI PERINGKAT SARJANA DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI HIROSHIMA UNIVERSITY, JEPUN
By admin on Dec 16, 2007 in Scholarship, Japan, Financial Aid, Higher Education | comments(2)
Eventhough this scholarship already closed, I would like to share with all readers on such opportunity for government servant especially our teachers.
Pihak Kerajaan Jepun (MONBUKAGAKUSHO:MEXT) mempelawa Pegawai-pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang terlibat di dalam bidang pendidikan sama ada guru atau pentadbir untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang pendidikan di Graduate School of Education. Hiroshima University dengan bantuan biasiswa Kerajaan Jepun.
Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu mulai Oktober 2008 hingga September 2010 dan medium pembelajaran adalah di dalam Bahasa Inggeris.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti di bawah:1. Telah disahkan di dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan
2. Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Gred A (purata minimum 85 markah) bagi tempoh 3 tahun berturut-turut
3. Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah
4. Telah mengisytiharkan harta
5. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman kerja di dalam bidang pendidikan
6. Berumur kurang daripada 35 tahun pada 1 April 2008
7. Sihat daripada segi fizikal dan mental
8. Fasih dalam Bahasa InggerisCalon-calon yang berminat hendaklah melengkapkan Borang JPA(L) LDP 1A/96 dan JPA(L) LDP 1B/96 dan mendapatkan Borang Permohonan MONBUKAGAKUSHO:MEXT daripada Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Seksyen Pembangunan Manusia dan Latihan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia selewat-lewatnya pada 10 Disember 2007.
Via : MOHE
Popularity: 14% [?]
